*PERHATIAN : UNTUK SESI KHAS INI..DGN SOPANNYA..ELLA AKAN MENGGUNAKAN KATA NAMA 'SAYA' :)HEHEHEHE...........*
Hmmmmm....2009 dah pergi pun pd hari khamis yang lepas..kesian blog nie..mcm xder cerita nak dimasukkan..sebenarnya ada..cumaaa..bila thp kuasa MALAS dah menghantui diri..aduhhhh..sukarnya utk buang pe'el ini..wahai 2010..saya berjanji akan berubah menjadi RAJIN!!hmmm..jawapan yg diberikan agak tepat ni! :)
Baiklah,sumer..saya faham..anda semua tertunggu2 nak tahu apa yg menarik dari saya kan..takper..saya tahu saya glamer (hahaha..perasan thp melampau!!..sila baling cekodok pisang pd sy yer!!weeeeeeeee) tahun 2009 pada saya cukup pahit untuk ditelan..even nak gambarkan perasaan pahitnya itu..hmmmm..cukup sukar! anda letaklah apa jua benda2 yg pahit di depan saya..saya tetap katakan apa yg dialami pd 2009 80% penuh kepahitan..huhu..baiklah! nak mulakan di mana dulu,ya???!!
KAHWIN
amat stress waktu ini..semua kena buat sendiri walaupun ada wedding planner..bermula dr baju,dewan,katering,hantaran,buah tgn utk tetamu,penari kecil,bunga segar,pelamin,khemah,kursus kahwin..semua kena buat sendiri!tambahan pula saya anak sulung (peace!)..jd semua kalau boleh mahu perfect..biarpun budgetnya sederhana tp saya mahu majlis saya meriah dan semua org happy2..igauan paling BURUK..apabila saya tak cukup tidur..kurg kerjasama dr family (nak slahkan 100% tak boleh jugak sbb saya adalah seorg yg cerewet!!cuma agak pening nak mengharapkan dan meminta bantuan dr 2-2 family utk bergabung!fuhh~~~cabaran amat berat nie!!namun akhirnya berjaya dilaksanakan!)..
KERJA
kerja amat bagus..permulaan sebagai seorang pengurus..huhuhuhuhu..MAAFKAN saya wahai anak2 buahku..waktu bekerja saya amat determine,protective dan garang!!tp bila happy2 hour saya jd GILA2..karakter bertukar..hahahaha...mcm SAILORMOON pulak rasa! *mode tersipu2 malu..* tp accomplishment sgt menggembirakan syarikat..sy rs itulah 'hadiah' yg saya berikan utk anda sebelum saya meninggalkan anda dan memilih jalan untuk bergerak dan bgn sendiri!hmm.. :)--->ketika ini saya dah pikirkan masak semasak masaknya apakah betul keputusan ini??tak pernah sebelum ini bila serah surat resign pada bos saya yg cukup hensem itu..(psssttt..meskipun dia dah mencecah 30-an nak masuk 40-an..namun bos cina saya ini amat manis orgnya!)..mata saya mengeluarkan cecair jernih..amat berlainan kali ini!tandanya??tandanya saya syg utk tinggalkan syrkt ini kerana saya tahu masa depan saya cukup cerah disini..namunnn..keluarga adalah segala-galanya..MAAFKAN SAYA!!saya berdoa HK COMP akan terus maju dan maju!!dan hadiah yg saya berikan ini..sudah melepasi thp target kan??hehe..:)
RUMAH TANGGA
ada berlaku beberapa pergolakan sebelum ini..hmmm..biasalah..pasangan mana yg tidak bergaduh kan??tp hampir 3 kali sehingga ke tahap serius nak kena jumpa pakar!!aduh~~~giler dibuatnya..NO NO NO..tak boleh siarkan dalam nie..biarlah disimpan di dalam hati kami berdua..yg penting..situasi dan keaadaan kami sekarang nie..kami dalam proses dan fasa untuk 'menyesuaikan' diri antara satu sama lain..Sumpah~~benci mana..marah mana pun saya..SAYA TETAP CINTAKAN SUAMI SAYA..MAZLAN EFFENDI..ANDA CINTA MATI SAYA,BIE!!MARILAH KITA SAMA2 BERUSAHA BERUBAH KE ARAH YG BAIK! *mode penuh bersemangat!*
APA YG PAHITNYA ELLA???????SILA SENARAIKAN!
1)Menjadi penanam anggur yg berjaya selama 2bulan..(cukup menyeksakan diawal thn!)
2)Hampir menjadi gila menguruskan majlis kahwin sorg2..tak pernah dibuat dek org sebelum ini..majlis ini..100% diurus dan dipantau oleh saya sendiri!-mama dan baba tak berapa pandai nak memahami kehendak saya..jd..baba suruh saya urus sendiri!sedihnya!!apa nak buat..beginilah cara didikan anak bekas askar yg garangnya tak bleyh blah..~~~~
3)kursus kahwin-pegi sorg2..
4)majlis akad -berlaku insiden xdiingini..bengang betul bila benda diharap x berjalan lancar..--->ini hanya berlaku dibelakang tabir saja..namun..saya sebagai pengantin..STRESS!!!!!!!!!!
5)KERJA-anak buah berhenti sbb dpt peluang lebih baik..manakala anak buah lg sorg pulak..selalu sakit..aduihhhhhhhhh~~~mcm2!--dan terpaksa berhadapan dgn salah sorg team yg bermuka2 dgn saya!bencinyaaaa.........saya faham anda jeles..terima kasih..
6)baba masuk hospital dan hampir kena thn wad sebab penyakit 'org kaya' nya..--->kencing manis..bisnes katering makin kencang..tiada org uruskan..jd..inilah jawapan kenapa saya terpaksa meninggalkan syrkt yg amat saya sayangi ini.....
7)org selalu tnya---->bila nak dpat BABY???--->saya jawab xdingin..biasa2 dan happy shj..tp lepas masuk kereta atau masuk bilik..saya menangis sepuas2nya..sungguh..kami berdua tiada masalah apa2..cuma..belum rezeki shj lagi... :(
8)tanda2 kewangan susut dan terpaksa bergantung dgn hubby-ini yang paling pahit dirasakan!dah biasa berdikari..ada $$ sendiri..tup2..terpaksa jd begini dahulu buat beberapa bulan..xperlah..going with the flowwww........--->apabila anda telah jadi begini..sila abaikan mimpi2 indah anda utk memanjakan diri anda dgn beg tgn..kasut..salon..spa..kerana anda perlu 'berpuasa' di ketika ini!!! *mode gigit JAri!!!!!!!*
Rasanya itu shj rumusan yang boleh dibuat..hmmm..esok..mahu saya bercerita ttg echa pulak serta angan-angannya..wahai sahabatku WADA..maafkan saya..kerana entry akan dtg..sy terpaksa melibatkan kamu!!hehehehe..suspennyaaa..tunggu shj.. :)